Selasa, November 08, 2011

Berkorban....

Kita dituntut berkorban di atas perkara yang benar.Yang penting di sini bukanlah sekadar lembu itu sahaja, tetapi keikhlasan dalam mematuhi perintah Allah....

Ahad, Oktober 23, 2011

Mendung Berarak...

KARISMA 2011. Kontijen berarak, awan mendung juga berarak, seolah-olah memayungi peserta-peserta karnival sukan daripada terik matahari......

Isnin, Oktober 03, 2011

Raya dah pergi...

Ramadhan dah berlalu, Syawal pun tamat sudah, yang tinggal hanya kenangan...dan pening-pening lalat kerana terlebih berbelanja ke atas perkara yang kurang manfaatnya....

Khamis, Ogos 18, 2011

Sayangi dan hormati Ibu Bapa....

"Foto daripada Koleksi Foto Herman Samsudeen"


As-Salam…..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Cerdit to:



Prof Madya Dr Haliza Hirza Jaffar

Mariani Maming

Sabtu, Ogos 06, 2011

Betik Jantan

Ini adalah bunga pokok betik jantan, kebanyakkannya tidak akan menjadi buah betik. Kalau ia menjadi buah ia tidak akan sebesar buah betik biasa. Adakah benar pokok betik ada jantan dan betina? atau ia cuma salah satu spesis pokok betik? Siapakah yang memberikan namanya??? saya pun cuma tahu perkara daripada orang-orang dulu....
Posted by Picasa

Rabu, Julai 27, 2011

Terkukur

Burung ini ada penggemarnya, bagi mereka suaranya merdu. Oleh itu tidak hairanlah jika ada yang hidupnya terkurung gara-gara kemerduan suaranya. Memang lumrah manusia sentiasa cuba menguasai sesama mahluk..Allah menjadikan mahluk ini untuk bebas, biarlah ia terus bebas dan menyanyikan lagu yang merdu... lainlah kalau ia halal dijadikan gulai......???? Penyamaran burung ini amat baik sehingga kita kadangkala tidak sedar ia ada berdekatan...
Posted by Picasa

Ahad, Julai 17, 2011

Pokok pelbagai guna

Pokok nenas ada banyak gunanya. Buahnya boleh dimakan mentah, dibuat lauk, dibuat jem dan sebagainya. Daunnya boleh diproses menjadi serat (fibre) dan ditenun menjadi fabrik.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 08, 2011

Bunga Serai

Tumbuhan yang rupa fizikalnya seperti lalang ini amat banyak kegunaan dan khasiatnya. Boleh dijadikan rencah masakan, alat komestik, ubat dan sebagainya. Tapi bunganya untuk siapa ye???
Posted by Picasa

Isnin, Julai 04, 2011

Penghargaan

Alhamdulillah,...kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi dan mendapat pengiktirafan walaupun bukan pemenang utama. Semua ini anugerahNya...Alhamdulillah.
Posted by Picasa

Sabtu, Julai 02, 2011

Merbah

Burung Merbah, mudah dilihat berterbangan di kawasan kampung dan belukar,...dalam kuantiti yang banyak,..enak juga dibuat santapan...
Posted by Picasa

Sabtu, Jun 18, 2011

Wow..Duriannnn

Emmm..enaknya durian. Duluuuu...saya amat suka makan durian...tapi sekarang cuma boleh tolong kopek raja buah ni,...sebab dah kena pantang...
Posted by Picasa

Jumaat, Jun 10, 2011

Photographer

Adakah dengan memiliki sebuah kamera dan akesorinya anda layak dipanggil "Photographer"???
Posted by Picasa

Khamis, Mei 19, 2011

Bot dan Bendera

Bot nelayan ini dari negeri mana? Anda tahu jawapannya....????
Posted by Picasa

Selasa, Mei 10, 2011

Ombak...

Ombak menghempas batu pantai setiap saat tanpa penat.....dan ia tak pernah berubah sebagaimana pantai...

Sabtu, April 30, 2011

Oooo..Bulan

Oooo..Bulannn..Tinggiii..Di Awan...
Bulan mengambang penuh di malam bulan April...(Uji Lensa Telefoto Tamron 70-300 USDD VC)

Sabtu, April 23, 2011

Memang Buaya Darat....

Buaya Darat ini memang betul-betul Buaya,...

Ahad, April 17, 2011

Lihatlah..pandanglah...

Lihatlah,...pandanglah...aku yang tampan ni....

Selasa, April 12, 2011

Burung Apa ??...Burung Apa??

Saya tak pasti nama burung ini,...yang pastinya ia adalah seekor Burung.....

Ahad, April 03, 2011

Si Kakak Tua

Adakah benar burung Kakak Tua pandai bercakap? Atau ia hanya mengajuk bunyi yang didengarinya sahaja???

Sabtu, Mac 26, 2011

Hello Handsome....

Ok tak "posing" saya ni? Amacam "macho" tak?
Posted by Picasa

Selasa, Mac 22, 2011

Tupai dan Papaya

Alhamdulillah.....Terima kasih kepada tuan penjaga Zoo kerana telah menyediakan buah papaya yang lazat ini untuk santapan saya.... Tak lupa juga terima kasih kepada pengunjung Zoo yang sudi menziarahi kami ."kata tupai itu agaknya..."
Posted by Picasa

Ahad, Mac 13, 2011

Helang

Raja Burung ni tidak lagi dapat terbang bebas kerana ia terkurung dalam Zoo.
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 12, 2011

Alahai..Pisang...

Setandan pisang ini memilih untuk keluar dari tengah batang pisangnya. Allah yang menentukan segalanya. Apa rahsianya setandan pisang ini? Itu adalah rahsiaNya....
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 05, 2011

Mari makan....Bang..

Alahai..sedapnya buah ni...nak rasa bang...
Posted by Picasa

Jumaat, Mac 04, 2011

Dinginnya Pagi..

Dinginnya pagi di Taman Rekreasi Batang Kali.....
Posted by Picasa

Isnin, Februari 21, 2011

Papaya atau betik???

Ada yang panggil buah Papaya, orang kampung saya panggil buah Betik. Sedap dimakan begitu sahaja terutama di musim panas ini. Buah yang boleh dihidangkan dengan berbagai cara, mentah, jeruk atau dikeringkan.
Posted by Picasa

Ahad, Februari 13, 2011

Ngantuknya...

Alah..panasnya hari ini....Ngantuk pulak...Waahhhh...
Posted by Picasa

Ha..Ha..Gelak..gelak..gelakkan apa tu..???

Adakah kucing ini sedang gelak (ketawa)???....Nak tau..tanyalah dia...
Posted by Picasa

Ahad, Februari 06, 2011

Punah.....

Dugaan...rumah yang cantik kini penuh selut lumpur, perabut rosak begitu juga barangan elektrik..Walau bagaimanapun, kita patut bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa. barang-barang yang musnah boleh dibeli tapi nyawa tiada galang gantinya. Court, Sen Heng, Lionsmas dan yang seangkatan dengannya sentiasa sudi membantu asal ada $$$.
Posted by Picasa

Syukur.....ia hampir berakhir..(Banjir)

Alhamdulillah,..ini adalah laluan terakhir menuju ke bandar Segamat dari Jementah yang masih ditenggelami air banjir. Mungkin esok 7hb Februari 2011, jalan ini dapat digunakan semula seperti biasa. Walau bagimanapun masih terdapat rumah-rumah dan kawasan rendah yang masih berendam dalam air banjir. Kepada mangsa-mangsa banjir semoga Allah mengurniakan rahmatNya setelah dugaan ini...
Posted by Picasa