Khamis, Disember 26, 2013

Tasik UTP


Keindahan Tasik Universiti Teknologi Petronas
Posted by Picasa

Selasa, November 05, 2013

Awas... ketika memandu dalam hujan lebat

Elakan merempuh lopak-lopak air di atas jalanraya, atau kemungkinan anda akan terbabas...
Posted by Picasa

Ahad, Oktober 20, 2013

Jom keluarkan peluh...

Hampir kesemua kita tahu berbasikal...marilah berkayuh untuk kesihatan...tak kira apa jenis dan harga basikal...hasilnya tetap untuk kesihatan badan...InsyaAllah...
Posted by Picasa

Sabtu, Oktober 05, 2013

Burung.. Apa..? Burung Tiong..

Burung ini dikatakan pandai bercakap,...bukan bercakap tapi ia cuma pandai mengajuk sahaja....
Posted by Picasa

Jumaat, September 13, 2013

Mendung Berarak Lagi..

 Paginya mendung, Tengahari panas terik...petangnya hujan lagi....kitaran musim bermula lagi...
Posted by Picasa

Sabtu, Ogos 24, 2013

Pangkat dan tanggungjawab

 Pangkat disertai dengan tanggungjawab. Semakin tinggi pangkat semakin besar dan luas tanggungjawab seseorang itu. Pangkat bukan maksudnya kuasa untuk kita memperkudakan orang bawahan kita...Pangkat adalah satu amanah dari Allah SWT.
Posted by Picasa

Khamis, Ogos 15, 2013

Gurauan Manja

Dua ekor sang belang ini sedang bergurau,..tapi ngaumannya amat menyeramkan....
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 04, 2013

Juadah Berbuka

Alhamdulillah.....enaknya juadah, semoga Allah meredhai puasa kami..aminnn...
Posted by Picasa

Sabtu, Julai 20, 2013

Terkenang sewaktu dulu...

Apakah yang dikenangkan oleh Orang Utan ni agaknya?....Saat hari tuanya yang terbelenggu dalam kurungan..???
Posted by Picasa

Selasa, Julai 09, 2013

Idamanku...

 Teringin nak memiliki superbike,..tapi dalam usia ini ia agak tak praktikal....nak puaskan hati??? Hati mana yang pernah puas ...kecuali dah mati....
Posted by Picasa

Khamis, Jun 27, 2013

Pelangi Petang

Cantiknya warna pelangi selepas waktu gerimis petang...Kata orang tua-tua, jangan tunjuk dengan jari, nanti kudung...???
Posted by Picasa

Ahad, Jun 16, 2013

Akhirnya...Baung

 Dah sebulan praktis hobi lama yang diberi nafas baru..memancing ikan. Kali ini cuba kaedah " bait casting". Hari ini di kolam lombong Bandar U, seekor Baung ditipu oleh gewang dan berjaya didaratkan...Alhamdulillah.
Posted by Picasa

Hobi ...

seronok juga melayan tarikan peacock bass ni....

Khamis, Jun 06, 2013

Adik beradik Bangau

 Tak tahu apa namanya burung ni...spesis Bangau agaknya..suka main dekat air dan makan anak ikan..Banyak dalam Zoo Taiping..awas t**knya bila ia terbang di atas kita....
Posted by Picasa

Isnin, Mei 27, 2013

Tidurnya Si Flamingo Zoo Taiping

Baru berpeluang menziarah Zoo Taiping...kali pertama melihat burung flamingo sebegini gayanya..mungkin mereka sedang tidur???
Posted by Picasa

Sabtu, Mei 18, 2013

Menara Condong Teluk Intan

Baru berpeluang ke Teluk Intan, Perak...melihat menara condong,..adalah sikit condong...tapi kena saman parking pulak..
Posted by Picasa

Sabtu, Mei 11, 2013

ROKET terjunam di Lebuhraya

Sehari sebelum hari pilihanraya, sebuah roket terjunam di tengah-tengah lebuhraya...petandanya...?????

Khamis, April 25, 2013

Ohhh..Keretapi

 Dulu-dulu selalu naik keretapi...sekarang jarang sekali, sebabnya bila dah sampai destinasi, rasa patah kaki pula,..kena cari kenderaan lain untuk sampai ke destinasi baru...akhirnya naik kereta juga...
Posted by Picasa

Isnin, April 15, 2013

Meriam@Canon

Meriam adalah sejenis senjata untuk berperang. Ia bukan sahaja diguna untuk membunuh malah memusnahkan harta benda. Kebaikannya hanyalah kemusnahan yang dibuatnya...yang jahatnya ialah manusia yang mengendalikan untuk tujuan membinasa tanpa hak.
Posted by Picasa

Ahad, Mac 17, 2013

Cahaya Di sebalik Awan

 Cubalah renung ke langit, nikmatilah indahnya cahaya dan warna ciptaanNya,,Subhanallah...
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 09, 2013

Air+Manis+Ais

Alangkah nikmatnya jika dapat menghirup ais bandung ini pada musim panas begini.....Alhamdulillah...
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 02, 2013

Demam Warna

 Biru, Hijau dan Putih warna bendera, tandanya tak lama lagi akan datang musim demam,????..apa-apa pun ..Ya..Allah ...selamatkanlah Agamaku, Bangsaku dan Negaraku...kibarkan Jalur Gemilang...
Posted by Picasa

Ahad, Februari 17, 2013

Mary Go Round..

Orang kampong saya panggil mesin ni Mary Go Round..agaknya "Mary" yang pertama naik mesin ni..Saya tak larat nak naik,.. pening...mabuk free je..
Posted by Picasa

Rabu, Februari 06, 2013

Warna Malam

Indahnya cahaya bunga api di malam hari,..setiap percikan membakar udara ....terasa poket juga turut terbakar...
Posted by Picasa

Jumaat, Januari 25, 2013

Cantiknya Warna Unggas

Walaupun cantik tapi badan terkurung.... Mungkin lebih baik begini kerana ada tempat tinggal, dikawal dan disediakan makanan...Kebebasan itu ada harganya...
Posted by Picasa

Sabtu, Januari 19, 2013

Rodensia

 Tikus dari keluarga Rodensia...yang ni nampak comelkan...???
Posted by Picasa